Thursday, 28 June 2012



Amalan sebelum Ramadhan



Di antara kemurahan hati Allah kepada umat nabi yang Allah kasihi dan yang kita cintai Muhammad saw, iaitu Allah sentiasa membuka dan terus membuka sepanjang hari, bulan dan tahun dengan pintu-pintu yang baik, dan bersamanya kebaikan, malahan semuanya adalah kebahagiaan dan ibadah yang mendekatkan kepada Allah SWT. Allah juga tidak membiarkan para hambaNya melainkan sentiasa memuliakan mereka dengan kemurahan hati dan sentiasa menambahkannya. . Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada kita anugerah hasil dari kemurahan hati dan belas kasihan dari Tuhan Yang Maha Pemberi dan Pengurnia Kebaikan.

Solat lima waktu sepanjang hari adalah penghapus dosa sebelumnya ..solat sunat nawafil sebanyak dua belas rakaat, kita sebenarnya membina sebuah istana di syurga .. puasa nawafil secara mingguan menyelamatkan kita dari kepanasan dan kehausan neraka .. Haji tiada balasan yang layak baginya melainkan syurga ..puasa di bulan Ramadan terdapat rahmat di awal bulan, keampunan di pertengahan dan hadiah paling besar yang tidak dikurniakan kecuali oleh Tuhan Yang Maha Mulia lagi Pemurah, iaitu hadiah pembebasan dari api selain daripada pembebasan setiap hari di bulan Ramadan .. Kenapa tidak? Dialah yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kesempurnaan yang sesuai dengannya. Dialah yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk ke jalan keselamatan dan kesempurnaannya. Dialah yang memberikan kita nikmat, rezeki dan penghormatan dengan menjadikan kita hamba yang beribadat kepadaNya.. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat dan rahmat-Nya sempurnalah amal-amal yang baik, dan mengurniakan kepada kita pelbagai anugerah . Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan. Ya Allah, sampaikalah kami kepada bulan Ramadan.

Persediaan yang sesuai dengan kedudukan Ramadhan

Mungkin suatu bulan seperti Ramadhan yang menduduki ketinggian dan kekayaan sebagai satu peluang besar bagi orang yang bijak untuk bersiap sedia sebelum ketibaannya. Justeru, alangkah baiknya tetamu itu. Inilah bulan Ramadhan.

Oleh kerana itu, Ramadan berhak meminta kesungguhan dari sekarang kerana ianya telah diperuntukkan oleh Allah dalam firmanNya melalui hadis Qudsi (bermaksud):

“Puasa adalah untuk Ku dan Akulah yang akan memberi ganjaran untuknya”.


Persediaan untuk mengenali Allah:

Satu aspek persediaan untuk bulan yang mulia ini ialah benar-benar mengenali Allah dan membetulkan pengetahuan tentangNya, memperkemaskan niat dan membaharuinya secara berterusan kepada Allah semata-mata tanpa mensyirikkan dengan sesuatu dalam setiap amalan sama ada kecil ataupun besar, yang zahir atau batin.

Hati yang mengetahui bahawa Allah adalah pemilik sebenar ialah hati yang mempunyai cahaya yang menyinari ke atasnya dan mendorongnya kepada semua amalan yang baik dan berguna .. Oleh itu, kesejahteraan hati seorang hamba yang menjadikannya sejahtera merupakan hasil yang pasti kepada seluruh badan, iaitu mengindahkan akhlak dan membangunkan tingkah laku sehingga ia menjadi seorang yang begitu istimewa dan berbeza.

Anda akan mendapati perutnya tidak dimasuki kecuali yang baik, tangannya tidak mengambil rasuah, tidak melakukan penyelewengan, tidak mencuri dan tidak merompak, kerana keimanannya bahawa sesiapa yang menumbuhkan daging dari sumber yang haram, maka api neraka adalah yang layak baginya.

Selain itu, ia juga mempunyai kaki yang baik dan solih, iaitu tidak digunakan untuk berjalan kepada kemungkaran, tidak mencari kejahatan, malah tidak bergerak melainkan ke arah keredhaan Khaliq dan Tuannya .. Pengetahuan yang benar tentang Allah menjadikan dia seorang yang ‘rabbani’. Hanya kepada Allah dia bersandar, kepada Allah dia bekerja, kepada keredhaanNya dia berusaha dan kepada kerelaanNya sahaja dia patuhi.

Persediaan untuk mengikuti Nabi dan mencintainya

Mengikut Nabi dan mencintainya juga termasuk cara menyediakan diri untuk bulan Ramadan yang penuh kebaikan. Iaitu dengan mengingati apa yang dia lakukan pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.
Kita berakhlak dengan akhlaknya
Kita beradab sopan dengan adabnya
Kita belajar dengan ilmunya
Kita menuruti jalan yang ditunjukinya
Kita mengamalkan agama dan dakwahnya
Kita menaburkan kebaikan kepada orang lain sepertimana nabi sanggup mengorbankan dirinya sendiri
Kita mencintai tanah air sebagaimana nabi menyayangi dan mengasihi tanah airnya
Kita membanyakkan selawat kerana mengharapkan syafaatnya
Allah sentiasa berselawat ke atasnya .. Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.

Persediaan dengan melakukan muhasabah diri

Ramadan yang penuh kebaikan memerlukan majlis muhasabah dari sekarang sebelum Ramadan datang dan pergi. Seorang muslim jika dia mahu menjalani kehidupan yang rabbani dan soleh, dia mesti sentiasa memuhasabah diri dengan lebih serius, untuk menjadikan muhasabah sebagai ubat bagi setiap penyakit dan penyembuh bagi setiap musibah dan bencana, membersihkan badan, dan meningkatkan kemampuan dan potensi, dan membahagiakan dirinya dan sebagainya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Zuhud bahawa 'Umar al-Khattab r.a berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (diakhirat) dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum amal kamu ditimbang”. Oleh itu, hari esok lebih mudah untuk anda sekiranya anda telah menghisabnya hari ini, dan menyiapkan diri untuk hari penghisaban terbesar:

“dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).(Al-Hasyr: 18)

Ibn al-Qayyim menukilkan dari al-Hasan berkata: "Mukmin yang baik terhadap dirinya ialah yang memuhasabah diri kerana Allah. Allah akan ringankan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang-orang yang memuhasabah diri mereka di dunia ini, tetapi Allah akan menyukarkan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang yang mengambil perkara ini tanpa melakukan muhasabah diri, ".

Terdapat beberapa kesan besar yang dapat diperolehi bagi orang yang memusahabah diri, antaranya ialah:
1 - Mengenal pasti kelemahan diri yang dapat membantu untuk mengelakkannya.
2 - Membantu untuk rasa takut dan muraqabah kepada Allah dengan jujur.
3 – Membiasakan diri hidup dengan berhubung kepada Allah.
4 – Berjaya memperolehi syurga Allah.

Persediaan untuk sentiasa beristiqamah:

Ini kerana jiwa yang beristiqamah akan meningkatkan ruh ..Firman Allah SWT (bermaksud):

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.” (Hud: 112),

Sabda nabi saw (bermaksud):

Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian aku berististiqamah. " (Riwayat Muslim).

Persediaan membersihkan hatinya

Seorang daripada kita tidak tidur sementara di dalam hatinya terdapat kebencian, iri hati dan hasad dengki terhadap salah seorang saudaranya yang Islam. Ini adalah jaminan yang akan melayakkan masuk syurga .. Kita semua tahu kisah Abdullah ibn Amr ibn al-‘As dengan Saad bin Abu Waqas dan sebab Nabi Muhammad saw menyatakan berita gembira bahwa syurga untuk-Nya, "..iaitu orang yang tidak tidur sementara di dalam hati ada perasaan dendam terhadap seorang Islam yang lain.”

Persediaan dengan menulis wasiat

Kita hendaklah sentiasa menjadikan wasiat kita ditulis dan direkodkan butiran dan kandungan dengan terperinci. Kita hendaklah mengambilberat untuk merekodkan hak-hak hamba tentang tanggungjawab kewangan atau lain-lain. Di samping kita merekodkan hak kita sebagai hamba, kita juga tidak lupa untuk menulis wasiat supaya dikebumikan bersama para solihin, dan janganlah sekali-kali kita mati dalam kemurkaan Allah, Tuhan sekalian alam.

Kita juga mesti melatih isteri dan anak-anak kita kepada perlakuan tersebut, dan kita hendaklah membuat wasiat di rumah atas pengetahuan isteri dan anak-anak, atau ibu dan bapa serta adik beradik. Kita janganlah melupakan soal wasiat.

Persediaan mengingati mati:

Marilah kita sentiasa mengingati saat kematian yang akan tiba dan keluar ruh untuk mengadap Allah SWT yang bersifat Maha Mulia lagi Maha Pengampun dan belum tentu Ramadan akan datang kepada kita, kerana berapa ramai orang yang kita kasihi telah ‘menghilang’ pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.

Persediaan untuk mengambil Perjanjian:

Iaitu kita berikrar kepada diri kita sendiri dan Tuhan kita, bahawa kita akan menggembling sepenuh tenaga pada bulan Ramadan - Jika Tuhan dapat menyampaikan kita kepadanya – untuk berzikir, membaca al-Quran, berbuat ihsan dan mengubah diri kepada yang lebih baik daripada sekarang, menyubur dan mengembangkan hubungan antara kita dan Allah, antara kita dan Nabi kita, antara kita dan isteri-isteri dan anak-anak kita, antara kita dan dunia seluruhnya.


Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh berdoa dengan segala kekuatan dan hati kita, dengan menadah tapak tangan sambil meminta dengan penuh harap dalam doa:

“Ya Allah, Wahai Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas jalan agama-Mu”.

Persediaan dengan membanyakkan zikir:

Ramadan bulan penuh kebaikan menghendaki kita berlatih dari sekarang untuk membanyakkan zikir, dan sentiasa ingat bahawa perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir ialah orang yang hidup dan mati. Zikir itu akan menghapuskan pengasingan antara hamba dengan Tuhannya, Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

" Sesungguhnya apa yang kamu sebutkan tentang keagungan Allah dengan tasbih, tahlil dan tahmid, menyebabkan kedengaran di sekitar ‘Arasy suatu bunyi seumpama bunyi lebah, dan Allah akan mengingati mereka, Apakah seseorang itu tidak menyukai jika ada orang yang mengingatinya ? " (Ibn Majah)

Suatu yang indah tentang zikir ialah membanyakkan dan sentiasa berzikir lebih baik pahalanya daripada ibadah lain yang memerlukan usaha dan masa kerana zikir adalah peluang kepada orang-orang yang tidak mampu melakukan ibadah berdasarkan apa yang disebutkan dalam hadis sahih:

“Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah saw sambil berkata;
“Orang- orang kaya telah memborong derajat-derajat ketinggian dan kenikmatan yang abadi.”. Sabda nabi saw (bermaksud): “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menuruti orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tidak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan. Iaitu kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap habis shalat ". (Bukhari dan Muslim)

Di samping itu zikir memberikan tenaga di dalam hati dan kekuatan fizikal, dan perkara-perkara yang paling indah di dalam zikir dan membanyakkannya ialah memperolehi penyaksian Allah di muka bumi yang menjadi saksi untuknya. Justeru, orang yang berzikir kepada Allah di atas gunung, di jalan raya, di dalam kereta, di rumah, di atas kerusi atau berbaring di katilnya .. Semua kawasan dan tempat akan menjadi saksi di sisi Tuhan.

Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Rasulullah saw membaca ayat ini:

“Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya.” (Al-Zalzalah: 4).

Rasulullah bersabda:

Apakah anda tahu apa beritanya? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui? Baginda berkata: “Berita yang menjadi saksi kepada setiap orang dan umat, terhadap perbuatan yang dilakukan sambil berkata: Anda telah melakukan suatu perbuatan ke atasku sekian dan pada hari sekian sekian. "

Perlu dinyatakan di sini bahawa berzikir kepada Allah bukan hanya perkataan yang disebut di lidah sahaja, tetapi ia adalah satu reaksi, perasaan dan kesedaran jiwa untuk menggerakkannya daripada keadaan sedia ada sekarang kepada keadaan yang lebih baik dari segi kerohanian, ketelusan, rabbaniah dan iman, malah orang yang banyak berzikir kepada Allah boleh sampai ke peringkat mulia dari Tuhan yang Maha Agung yang memberikan mereka ketinggian, kelebihan dan limpah kurnia.

Persediaan untuk melatih kepada ketakwaan;

Iaitu kita hendaklah melalui semua jalan dan cara untuk membangun dan mengukuhkan ketakwaan di dalam jiwa, tindakan kita dan diri kita sendiri. Inilah seruan Allah kepada para nabi seluruhnya.

Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib r.a pernah berkata ketika beliau ditanya tentang takwa: Apakah erti takwa wahai imam?. Beliau berkata:

هي الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل
"Iaitu takut kepada Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menerima dengan lapang walaupun sedikit, dan bersedia untuk hari pembalasan."

Persediaan untuk bertaubat:

Iaitu kita hendaklah segera bertaubat dan memohon ampun dari Allah dan memohon Allah menerima taubat kita dengan taubat nasuha, dan memasukkan kita ke dalam golongan yang memiliki semangat, ikhlas, sederhana dan melaksanakan agamanya, mencintai para pemimpinnya, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, menyebarkan kebaikan kepada semua orang, orang yang jujur danikhlas kepada agama mereka dan mencintai tanahair dengan penuh ndalam di mana pada hakikatnya lebih disayangi daripada diri mereka sendiri.

Teladan dan idola kita dalam hal ini ialah kekasih kita Nabi Muhammad saw yang sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Tuhan yang adakalanya 70 atau seratus kali dalam sehari .. sedangkan siapakah dia?

Dia ialah seorang Nabi yang tidak pernah berdusta dan dia adalah cucu kepada Abdul Muttalib .. Dia adalah orang yang diampunkan Allah dosa yang telah lalu dan akan datang ..

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali-Imran: 133),

dan orang yang bertaubat adalah umpama orang yang tiada lagi dosa.
(Semoga setiap kali Ramadan, seluruh umat Islam, semua negara dan rantau Islam dalam kebaikan, keamanan dan kesejahteraan)
Maha suci Allah Tuhan yang memiliki ketinggian seperti apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan buat para Rasul, dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Wednesday, 25 April 2012

Tuesday, 3 April 2012

Anak solehkah aku....?

Ya Rabbi... Adakah  Aku Ini Anak Yang Soleh?

fetus

Manusia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa bagi yang bertuah manakala yang kurang bernasib baik, ibu yang melahirkan akan dijemput Allah SWT. Maka beruntunglah ibu itu menjadi syahid saat melahirkan anak. Kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tanpa memikirkan kesenangan diri sendiri, ibu dan ayah memenuhi hidup kita dengan kehendak yang kadang kala di luar kemampuan mereka.

Sebuah cerita, anak membunuh ibunya lalu di ambil hati ibunya untuk dijual, dalam perjalanan anak itu dia terjatuh. Lalu hati ibunya berkata "Hai anakku, lukakah kamu?". Mulia sungguh ibu kerana biarpun dia terluka namun tidak pernah terdetik dalam hati mereka dengan kebenciaan malah diselaputi dengan kasih sayang.

Masihkah anda ingat siapa yang membersihkan najis kamu ketika kamu tidak berupaya? Seorang ibu dengan anak seramai 10 orang mampu membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebuah cerita lain, digorengkan anak-anaknya denga ikan goreng lalu diberinya anak-anak mereka makan sehingga kenyang. Manakala ibu hanya berkata, "Makanlah anak ibu, ibu dah makan tadi!' Ibu kita membohongi kita demi anak-anaknya.

Anak mula belajar di pusat pengajian tinggi, demi kejayaan anak ibu bapa sanggup mengadai emas, tanah dan rumah semuanya kerana anak-anak. Sehingga berjaya anak itu.

Kini kita telah dewasa, saat gemilang telah tiba dan kerana ayah dan ibu kita berjaya. Berapa kalikah seminggu anda menghubungi mereka? Anak-anak pun telah berkahwin, bahagia dan disamping isteri dan suami yang cantik dan kacak. Ibu dan ayah bangga tersenyum dapat menantu-menantu yang cantik dan kacak. Biasalah, ibu bapa mestilah bangga bila orang kampung semua memuji. Biarlah mereka, sedang bahagia melihat kebahagiaan nak mereka.

Ibu dan ayah mula sakit kerana usia mereka yang telah lanjut. Anak-anak makin sibuk, semakin sukar hendak pulang melawat mereka dan membuat panggilan. Terguris hati mereka dan terasa seperti dilupakan. Hati mereka sedih.

Ayah telah pergi meninggalkan dunia, tinggalah ibu seorang di rumah, manalah anak-anaknya seramai 10 orang itu. Hati si tua semakin sedih dan mudah terasa. Bertanya dia, hai anak lupakah dikau dengan ibumu yang seorang ini..

Ibu jatuh sakit, tidak berdaya dia untuk menguruskan diri. Anak-anak berkejar-kejar pulang ke kampung.. Bergaduh sesama mereka, along salahkan angah, angah salahkan achik dan berterusan sampai ke bongsu. Cucu-cucu si nenek hanya senyap melihat gelagat ayah dan mak mereka.


Keputusan dibuat, ibu dihantar ke rumah orang-orang tua. Ibu semakin sihat dan ceria kerana ditemani oleh kawan-kawan dan anak muda yang sanggup menjaga mereka di rumah orang tua. Setiap bulan ada saja antara anak-anak ibu melawat, ibu seronok kerana cucu-cucu ada bersama walaupun seketika. Berkata cucu kepada anak si ibu "Ayah nanti ayah dah tua macam nenek, Aiman kena hantar ayah di sini juga ke?" Lalu terkedu si ayah.. Aiman pun berkata "Aiman Tak Kisah"

Antara kita, berapa ramai yang sudi basuh najis ibu dan ayah mereka? Berapa antara kita yang sanggup jaga mereka dan berapa ramai menantu yang sanggup menjaga mertua mereka?

Monday, 30 January 2012

Maulidur Rasul

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.
Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.
Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’animenjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.
3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.
Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Tuesday, 6 September 2011

Peperiksaan percubaan SPM

Kepada semua pelajar smk khir johari (ting Lima)selamat menempuh peperiksaan percubaan, buat betul2 jangan main2.Ana doakan semoga kalain menempuhnya dengan jayanya Dan perolehi keputusan dengan jayanya yakni cemerlang. Jangan putus asa teruskan berusaha Dan bertawakkal kepada Allah pasti kejayaan Akan Menjadikan milik anda, insyaallah