Friday, 8 February 2013


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

AL MA'THURAT


PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT


1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.





Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Kem Latihan Asas (Rekrut)





1 Febuari 2013- 3 Febuari 2013, bertempat di Sek.Men,Keb.Khir Johari. Program ini telah diadakan satu perkhemahan Kem Latihan Asas (rekrut), yang yang melibatkan seramai 110 orang peserta unit belia dari 7 sekolah menengah sekitar Cabang Tanjong Malim/Slim River. Perkhemahan ini juga turut dibantu oleh VAD 55, VAD 49, VAD 56, VAD 58, PKY78,staf praktikal, dan ahli-ahli  jawatankuasa Cabang Tanjong Malim/Slim River. Kem ini telah disempurnakan oleh Kolonel Abd Malek bin Selamat  Pengerusi BSMM Cabang Tanjong Malim/Slim River. 






























CINTA KEPADA RASULULLAH SAW

La tarfa'uu
Firman Allah swt : “Sesungguhnya pada diri Rasulallah terdapatnya contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan (keredhaan) daripada Allah swt dan kebaikan pada hari akhirat”. (Surah al-Ahzab:21). Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan tentang keindahan akhlak Nabi saw. Malahan setiap muslim dituntut untuk mengikuti segala sifat dan akhlak mulia yang terdapat pada peribadi Baginda saw.
Antara faktor utama Nabi saw diutuskan adalah untuk menunjukkan akhlak yang mulia kepada sekalian manusia untuk dijadikan contoh utama. Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya aku diutuskan dengan tujuan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Direkodkan oleh Ibnu ‘Abd al-Bar dan dinilai sahih oleh al-Albaniy).
Rasulullah saw
Sesungguhnya rasa cinta kepada Allah swt tidak lengkap jika kita tidak menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan utama dalam kehidupan. Allah swt telah berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu semua mencintai Allah maka ikutlah aku (Nabi Muhammad), nescaya Allah swt akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Ali Imran :31).
Inilah syarat utama yang Allah swt letakkan kepada kita dalam mencintaiNya iaitu perlulah mengikut arahan dan teladan yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.Jika kita tidak mengambil Rasulallah saw sebagai ikutan maka cacatlah cinta kita kepada Allah swt. Dalam ayat yang lain Allah swt juga telah berfirman: “Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul (Muhammad) maka ambillah ia dan apa sahaja yang dia larang maka hindarilah ia”. (Surah al-Hasyr: 7).
Sebagai umat Nabi Muhammad saw kita mestilah mencintai Baginda saw melebihi insan-insan lain yang kita kasihi. Nabi saw telah bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah aku menjadi insan yang paling dia sayangi melebihi ayah, anak dan juga seluruh manusia”. (Direkodkan oleh Imam al-Bukhari).  Maka dapatlah kita fahami bahawa Nabi saw perlulah menjadi manusia yang paling kita cintai melebihi insan-insan lain. Kecintaan kepada Nabi saw juga merupakan salah satu tanda seseorang itu beriman kepada Allah dan RasulNya.
Kita perlulah mengetahui kaedah dan cara untuk membuktikan kecintaan dan kesetiaan kita kepada Nabi saw walaupun Baginda saw telah tiada bersama kita. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membuktikan rasa cinta kita kepada Rasulallah saw.
1)   Mendahulukan segala urusan Allah dan Rasulnya ke atas setiap urusan kita.
Firman Allah swt:  “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului sesuatu perkara itu ke atas urusan Allah dan RasulNya dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui”. (Surah al-Hujurat : 1). Daripada ayat ini dapatlah kita fahami bahawa sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah swt kita dilarang mendahulukan pandangan dan urusan kita ke atas ketetapan dan urusan Allah swt dan RasulNya. al-Hafiz Ibnu Kathir telah menukilkan pandangan Ibnu Abbas ra tentang ayat ini dengan kata beliau : “Janganlah kamu semua mendahului apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah”.
2)   Menjaga adab dengan Baginda.
Antara adab kepada Baginda adalah dengan memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda. Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah swt dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi , maka wahai orang-orang yang beriman berselawat dan salamlah kamu kepadanya “(Surah al-Ahzab: 56).
Selain itu kita disuruh untuk menghormati Nabi saw dengan menyebut gelaran mulia kepada Baginda seperti Rasulullah, Nabiyullah, Habibullah dan lain-lain lagi. Firman Allah swt : ” Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu” (Surah al-Nur:63).
Adab lain yang perlu diambil perhatian adalah memelihara hadith-hadith Nabi dengan mempelajarinya dan juga menolak sebarang pendustaan terhadap Baginda saw. Dalam hal ini Rasulallah saw telah bersabda: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka dia telah menempah tempatnya di dalam api neraka”. (Hadith muttafaqun ‘alaih).
Antara adab lain ialah memelihara percakapan dan tidak meninggikan suara melebihi suara Rasulallah saw. Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menzahirkan suara sepertimana kamu menzahirkannya sesama kamu kerana hal tersebut mampu memadamkan amalan-amalan kamu sedangkan kamu tidak megetahuinya”. (Surah al-Hujurat : 2).
3)   Membenarkan sesuatu yang dituturkan oleh Nabi saw.
Sesungguhnya apa yang dituturkan oleh Rasulallah saw adalah merupakan suatu tuntutan yang perlu diikuti. Firman Allah swt dalam hal ini : “Tidaklah dia (Muhammad) itu bercakap dengan hawa nafsunya kecuali dengan apa yang telah diwahyukan kepadanya”.(Surah al-Najm: 3-4).  Daripada ayat ini jelaskan kepada kita bahawa setiap yang dinyatakan oleh Rasulallah saw itu perlulah kita percaya dengan sebenar-benarnya tanpa ada sebarang keraguan dalam hati.
Namun dalam membenarkan segala yang disebut oleh Nabi saw perlulah dilihat juga kepada sumber pengambilan perkhabaran tersebut kerana hadith-hadith Nabi saw kadang kala direka-reka oleh sesetengah manusia atas kepentingan tertentu. Jika direka-reka sesuatu perkhabaran tersebut maka perlulah ditolak dan tidak disebarkan kepada manusia kecuali untuk menerangkan kepalsuan perkhabaran tersebut.
4)   Mengikut cara hidup (sunnah) Nabi saw.
Sesungguhnya manusia akan berada di dalam kesesatan jika mereka jauh dengan panduan al-Quran dan tidak menghiraukan arahan Rasulallah saw.  Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang hidup selepasku nescaya akan melihat perselisihan yang cukup banyak. Maka tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ al-Rasyidin yang telah diberikan petunjuk, dan genggamlah ia serta gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham kamu. Maka jauhilah kamu perkara yang diada-adakan kerana ianya merupakan perkara bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu membawa kepada kesesatan”. (Hadith riwayat Abu Daud).
Kita perlu mengikut gaya hidup Nabi saw kerana Baginda merupakan contoh terbaik kepada seluruh manusia dalam pelbagai perkara. Bagindalah contoh terbaik untuk segala perkara termasuklah dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran negara, urusan rumah tangga, pergaulan sesama masyarakat dan lain-lain lagi.
5)  Mempertahankan Nabi saw.
Seseorang muslim itu perlulah mempertahankan Rasulallah saw dalam segala perkara sama ada dengan nyawa mahupun harta benda. Dalam al-Quran Allah menjelaskan kesetiaan dan pengorbana golongan Muhajirin yang berhijrah bersama Nabi saw ke Madinah al-Munawwarah. Firman Allah swt : “(Pemberian itu hendaklah diperuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halaman mereka dan dirampas harta benda mereka (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia daripada Allah dan juga keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (iman dan amalnya).” (Surah al-Hasyr :8).
Mempertahankan Baginda saw bolehlah dikategorikan dalam tiga perkara:
a)   Sanggup berkorban untuk menegakkan dakwah Nabi (risalah Islam) walaupun dengan harta mahupun nyawa.
b)   Mempertahankan hadith-hadith Nabi saw dengan memeliharanya dan menentang segala bentuk fitnah kepada Baginda.
c)   Menyebarkan sunnah Baginda saw kepada masyarakat berdasarkan sabda Nabi saw: “Sampaikanlah tentangku walaupun satu ayat” (Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya).
Kesimpulannya kecintaan kepada Nabi saw perlulah hadir dalam setiap ketika dan bukannya pada waktu dan upacara yang tertentu sahaja. Kecintaan ini juga bukanlah hanya rasa yang hadir di dalam jiwa, namun yang lebih utama adalah bagaimanakah perasaan ini hadir dalam bentuk amalan-amalan seharian yang bertepatan dengan gaya hidup Baginda saw.

Monday, 31 December 2012

UNTUKMU FORM 3 & 5



 No Facebook, No SMS, No You-Tube, No Game, No TV, No Internet … Tetapi PECUT …  DEMI .... MUUU..... EXAM .....!
 


Bruce Jenner adalah juara Olimpik 1976 di Montreal, Canada. Setelah mencuba kali kedua beliau memecahkan rekod dunia dan menggemparkan seluruh Amerika selepas memenangi Pingat Emas acara dekatlon di Olimpik berkenaan. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, Jenner menjawab 
“Aku serahkan diri ku — setiap saat, setiap minit, setiap jam, dalam setiap hari, 365 hari setahun untuk Sukan Olimpik. Aku tidak  berhenti berlatih sehingga 30 Julai 1976 . Aku korbankan empat tahun dari hidup ku semata-mata untuk memenangi pingat emas”.
Dia korbankan dirinya selama empat tahun, iaitu 1,460 hari semata-mata untuk Olimpik. Dalam masa empat tahun itu Jenner berkata, apa saja aktiviti atau perkara yang boleh menghalangnya memenangi Pingat Emas dielakkannnya. Jika makan banyak makanan boleh menambah berat badan, justeru menjejaskan kecergasannya, maka ia akan kawal makanan. Jika tidur lewat malam boleh menghalangnya bangun awal untuk berlatih, maka dia akan tidur lebih awal dan melupakan semua keseronokan berjaga malam untuk apa tujuan sekalipun. Jika dia terpaksa keseorangan berlatih dan berlatih kerana rakannya tidak sanggup turun padang awal dan lama, maka keseoranganlah ia. Pendek kata apa saja yang perlu dilakukan demi memenangi Pingat Emas akan dilakukannnya walaupun letih, sunyi keseorangan dan terpaksa mengorbankan banyak keseronokan semasa. Ia lakukan ini selama 1,460 hari (4 tahun).
Itulah resepi kejayaan.

Saturday, 27 October 2012



Salam alaik..
Terdapat 10 gangguan syaitan ketika kita sedang bersolat..
Antaranya ialah:


Pertama. 
WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM.

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar"..
Ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata:
"Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat".
Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.


Kedua.
TIDAK FOKUS SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT.

 Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu:
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
~HR. Muslim~


Ketiga.
LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN.

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
~HR Bukhari dan Muslim~


Keempat.
HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU FOKUS.

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
~HR Bukhari~



Kelima.
TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT.

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau tamakninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
"Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (tamakninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (tamakninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
~HR Bukhari dan Muslim~


Keenam. 
MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU.

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
~HR Tirmidzi~


 Ketujuh.
PANDANGAN KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT.

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
~HR Bukhari~


Kelapan.
MENGUAP DAN MENGANTUK.

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
~HR Thabrani~


Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
~HR Bukhari dan Muslim~


Kesembilan. 
BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT.

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
~Riwayat Thabrani~

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".


Kesepuluh 
TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR.

Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya".
~HR Muslim~



 Rumusan:
Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut.
Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya..
Janganlah putus asa untuk berjihad dalam mengelakkan gangguan syaitan ini.